KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Selangor menggesa syarikat pemaju yang terbabit dengan isu perumahan di Pangsapuri Harmoni 1 untuk bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang dibangkitkan penduduk.
Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, pembeli sememangnya mempunyai hak untuk membuat aduan sekiranya wujud kecacatan terhadap projek perumahan mereka.
“Kita minta pihak pemaju untuk perbetulkan apa yang sepatutnya mereka buat atau sediakan kepada penduduk seperti apa yang dijanjikan sewaktu proses awal pembelian rumah yang telah ditandatangani pembeli.
“Misalnya keadaan parkir yang bertakung dan beberapa hasil kerja yang tidak berapa kemas... saya ambil perhatian berhubung perkara ini dan kita akan panggil pihak pemaju untuk tahu kenapa perkara ini tidak dipenuhi.
“Saya juga akan arahkan pihak berkenaan untuk teliti semula projek berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
BACA: [LAPORAN KHAS] Pemaju kayangan, rumah 'cap ayam?'
Mengulas lanjut, Rodziah menyatakan pihak kerajaan negeri juga mempunyai hak untuk mengenakan tindakan undang-undang sekiranya pihak pemaju secara terus mengambil sikap ‘lepas tangan’.
“Dari segi undang-undang kita ada penguatkuasaan yang kita boleh kenakan kepada pemaju yang tidak bertanggungjawab.
“Proses undang-undang itu memang sudah ada cuma kita harap jangan berlaku soal ‘delay’ (melengahkan)... jadi bila mereka main dengan masa selepas dua tahun semua akan lepas tangan dan pembeli akan jadi mangsa.
“Saya selaku Exco berpendapat pemaju ini merupakan satu nama yang besar dan sepatutnya isu ini tidak berbangkit kerana ini bukan projek pertama mereka.
“Untuk jaga nama baik syarikat, mereka perlu pastikan kontraktor atau pemaju yang mereka lantik adalah kompeten yang mampu selesaikan isu berkenaan… saya telah berhubung dengan pihak mereka supaya ambil perhatian dengan apa yang telah dibangkitkan pembeli,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Rodziah turut berkata, alasan seperti kenaikan harga barang pembinaan atau faktor pembinaan sewaktu fasa pandemik tidak lagi wajar digunakan sebaliknya pemaju perlu mengambil inisiatif berbincang bersama penduduk dan perbetulkan segala kesilapan.
Rodziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang itu turut mengingatkan pembeli supaya menyimpan segala rekod aduan yang telah dibuat untuk diteliti pihak berwajib.
“Kita akan bawa kepada tribunal sekiranya kes sukar diselesaikan untuk pihak tersebut membuat keputusan,” ujarnya.
Sementara itu, Astro AWANI turut mendapatkan reaksi daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu berkenaan.
“Pembeli ada hak untuk menuntut dalam tempoh dua tahun,” jawabnya ringkas ketika dihubungi pada Khamis.
Astro AWANI pada Rabu telah membawakan siri Laporan Khas bertajuk ‘Pemaju Kayangan, Rumah Cap Ayam’ yang membawa keluhan penduduk yang tidak berpuas hati mengenai soal kualiti projek perumahan tersebut.
Ini termasuk kos penyelenggaraan yang tidak setimpal dengan hasil diterima mereka selain mendakwa tiada sebarang fasiliti yang bersesuaian disediakan kepada pembeli.
Hilmi Malik
Thu Mar 16 2023
Kerajaan Negeri Selangor akan memanggil pihak pemaju untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu yang berbangkit. - Gambar/ Astro AWANI
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
'Kemuka aduan di tribunal jika timbul isu dengan pemaju' - Nga Kor Ming
Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan rumah mereka disaran mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Exco tegur pemaju kayangan, baiki kaedah pembuatan
Kepincangan projek perumahan Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights yang dibangunkan syarikat pemaju ternama akan diatasi secepat mungkin.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Tiada kepala surat, pemaju perlu bersikap profesional - Exco
Syarikat pemaju yang terkait dengan kemelut projek perumahan Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights seharusnya bersikap lebih profesional dalam berdepan dengan isu yang dibangkitkan penduduk.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Kerajaan Selangor mahu pemaju bertanggungjawab
Kerajaan Negeri Selangor menggesa syarikat pemaju yang terkait dengan isu perumahan di Pangsapuri Harmoni 1 untuk bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang telah dibangkitkan penduduk.
[LAPORAN KHAS] Pemaju kayangan, rumah 'cap ayam?'
Penduduk Pangsapuri Harmoni 1 berang dengan kualiti projek perumahan mereka yang seperti tidak setimpal dengan harga dan kos yang dikenakan terhadap pembeli.